Pages

storytime: usaha dan tawakkal

 Yeahhh kembali kita ke rancangan mencari jodoh hahaha. Yup again, storytime lagi pasal jodoh. Not desperate tapi tengah usahakan sambil meneruskan kehidupan yang penuh dengan pancaroba ini.

Bila dah bekerja, dah masuk umur 30, I found it harder to date someone. Sepanjang hidup ni, aku dah buat macam-macam untuk menuju ke gerbang perkahwinan. Tapi, nak katanya Allah belum izinkan, semua tu tak menjadi. Aku terima je, cuma kadang-kadang ada waktunya aku rasa confused giler pasal ni. Ready ke idok? Should I approach this guy or this guy? Boleh caye ke? Bukan apa, semua pilihan sendiri sebelum ni memang mengecewakan dan bagi pengalaman yg tak best :(

And aku tak pernah diajak kahwin oleh mana-mana lelaki. Even my ex pun tak bersungguh nak halalkan aku. So, mungkin bakal jodoh je yang akan berani kot. Ecehh. (ingat challenge ke apa? XD). Pasni kalau aku jumpa lelaki yang confess, betul2 nak kahwin dan usahakan ke arah tu, memang aku bagi dia trofi sebab first lelaki yang berani buat camtu sepanajng 30 tahun aku hidup ni.

Suka kat orang, pastu tak pernah dibalas. Lepas tu yg terkini, aku ni beranikan diri jugak cari secara online. Aku pun promote la diri aku kat twitter sebab aku perasan ramai jugak yg menjadik. Itu pun perlu keberanian + ketebalan muka sebab kena letak gambar, dengan diri dah terdedah kat public. Mungkin ada org tak kisah dgn semua tu, tapi bagi aku, aku rasa takut sgt bila jadi perhatian orang. Aku pun bukaklah dalam 2-3 minggu camtu, buat borang utk sesiapa yg interested. Org tanya kenapa tak DM terus, cepat sikit? The thing is aku memang takde energy nak melayan lelaki menerusi DM, lagi2 male strangers ni. Online kot, memang kena berhati-hati lorh. Pastu ada pulak yg follow, aku remove cepat-cepat. Jadi, bila isi borang, at least aku boleh menelaah. Yg aku tak faham kdg2, yg apply ni mostly tak meet the criteria. Org dah terang2 cakap kat poster tu segala benda basic 😅 aku memilih? Nokss, ni bukan pilih baju kat kedai kalau tak muat boleh refund balik ye nokss. 

Got almost 60 candidates, kena tapis satu2, baca satu2. At the same time, sebab kita sendiri pun buntu, perlukan keyakinan nak pilih, buatlah solat istikharah beberapa kali. Before this memang akan buat setiap kali nak buat keputusan penting dlm hidup, Alhamdulilah setakat ni memang Allah guide betul2. Cth sebelum ni, aku pernah terdetik nak tukar kerja. Sekali sampai sekarang masih di company yg sama, tiba2 rasa tak jadi berhenti 👀

Mungkin itulah dimaksudkan ilham dari Allah, His guidance sebab kita mintak guidance tu betul2 dari Dia. So, samalah dgn mencari bakal suami ni pun. Keinginan berumahtangga tu dah ada. Masa memilih calon online tu memang tak rasa apa-apa tau. Zero! Tak ada apa!! Rasa macam kenapa semua mcm tak menyakinkan? Rasa cam tak interested dgn anyone. Haiyooo cemana pulak ni.... Then tetiba ada urge utk delete post aku promote diri tu. Pastu habis takat situ jelah. 😅

Mungkin ada orang percaya pada cinta pandang pertama. Jenis yg senang masuk dengan orang, senang friendly, bergaul so everything escalate quickly. Tak macam aku, tak percaya kat cinta pandang pertama, walau sehensem mana pun orang tu, aku tetap mengambil masa untuk open up dan jadi mesra dengan orang.

Serius weh, memang takde rasa apa sekarang ni. Ghisau. Pastu aku terfikirlah, aikk cemana pulak ni? Ke memang bukan the right time lagi ke? Kenapa mcm takde keyakinan nak pilih tu? Weh beriya tau dah ni. So sekarang ni, aku terus macam jadi kaku, tak tahu nak buat apa.

Tapi kita terus berdoa, mintak Allah beri petunjuk (bukan setakat jodoh je) untuk fasa seterusnya. Tawakkal jelah sekarang ni. Maybe aku belum bersedia atau banyak benda yang aku kena baiki kat diri sendiri. Betul dok? Aku ni nampak desperado nak cari jodoh, tapi sebenarnya takdelah sangat. Aku cuma nak bersedia dan usaha mana yg patut jelah, takkanlah nak jadi tunggul je. Pastu parents dah tanya banyak kali dah tu, diorang pulak dah masuk umur 70. Cemana aku tak risau kalau aku tak kahwin lagi. Aku nak sangat bawak bakal partner jumpa diorang, kalau diizinkan Allah, sampailah ke anak-anak dapat merasa kasih sayang tokbah dan tokmi. Tapi tulah, takleh nak rush jugak.

Sekian luahan saya tentang jodoh. Sekadar meluah je ok. Yes, I know I should be patient, kena banyak berdoa, kena banyak usaha, kumpul duit lagi semua tu, but sometimes I am very concerned sebab tak banyak peluang untuk mengenali seseorang. So tengah cuba taknak fikir sangat and fokus pada benda lain XD

Sesiapa yang membaca ni, doakan urusan Tsumiki dipermudahkan tau. This year, Tsumiki dah masuk 30 tahun. Memang rasa nak start this year, start mencari, usahakan mana yg boleh untuk fasa seterusnya. Kalau berjumpa dengan someone, and nak hold setahun dua, okey je. Tak rush sangat pun. Cuma nak cari calon tulah haaa. Sambung master tu rasanya tak jadi kot, tapi kalau diizinkan Allah, dapat dapatlah. 

Thanks for reading peeps!






Tiada ulasan:

copyright © . all rights reserved. designed by Color and Code

grid layout coding by helpblogger.com