Pages

kecelaruan identiti 2

again keliru dengan diri sendiri dah macam org sakit multipersonality disorder 

the truth is being revealed

lompat

sejak dari umur 13 tahun (tingkatan satu) memang dah ke luar negeri, duk sekolah jauhhhh kat Seremban sana nuh. kat sekolah jumpa plak orang dari seluruh Malaysia. sabah sarawak semua ada juga.

jadi seperti yg dijangkakan kita memang akan berkenalan dan ada ice breaking sesama sendiri

masa ice breaking haruslah tahu asal negeri mana

dengan penuh cool dan stailo aku menjawab aku dari Terengganu.

"ohh, Terengganu kat mana?"

"Besut...."

setakat orang tak pernah dengar nama tempat 'Besut' tu pun aku redho dan mmg boleh terima lagi. 
memang everytime orang buat muka pelik aku akan explain sepenuh hati

"Alaa... Besut tu sempadan negeri Terengganu ngan Kelantan..huk aloh"

ni ayat yg slalu digunakan. setiap kali orang tanya Besut tu kat mana.

so disebabkan sempadan Kelantan, dekat dengan Kelantan, memang orang yang tinggal kat Besut, Terengganu ni mothertonguenya loghat Kelantan.

JADI. ramai yang mula conpius dengan identiti aku yang sebenarnya

lorh buat pe diorang nak conpius. dah memang begitu faktanya.

"cakap Kelantan, tapi orang Terengganu?"
"orang Terengganu tapi tokleh cakap Terengganu?"

...dan lama-lama akhirnya bertukar

"KAU NI SAPA SEBENARNYA?"

lol. tak pasal-pasal conpius dengan diri sendiri haha

i can talk in both loghat.. but my mothertongue is Kelantanese bebeh.
i still can understand Trganu but not so fluent
because i have many relatives in higher Trganu area...

*eit cakap omputih plak XD

haha

2

making choices

making choices.

buat pilihan.

untuk memutuskan.

haaaaaaaaaa dilemaaaaaaaaaa



mwehehehehehhe

awak awak awak tu yg sdang pening2 tu, haa meh sini meh sini~

sejak dari dulu ramai orang tanya macam2 kat Tsumiki, tentang pilihan mereka.
pilihan apa plak ni?
ehhhhhh pilih2 ni pilih calon suami keeeeee

booyahhhhhh!
ehhhhhh. gatai

takdelah, pilihan course diorang bila nak masuk U nanti. yang post diploma pun conpius juga. hehe

budak lepas SPM, conpius, kadang2 mereka tersepit. kadang2 mereka tersangkut. antara pilihan keluarga dengan pilihan sendiri. kan kan kan

mostly bila aku ada chance borak dgn budak lepasan SPM, aku mmg akan tanya psl pilihan bidang mereka bila nak masuk U nanti. jawapan clichenya..

"kita hanya merancang, Allah yang menentukan..."

hahahaha adeh. memang la Allah yang tentukan kemana kamu pergi.. tapi takkan nak benda tu simply jatuh depan mata je. buat pilihan betul2 la. istikharah.

ehhh

1) apa yang kamu suka dan minat

satu benda je nak share ngn adik2. satu benda je. bila buat pilihan. fikirkan apa yg kamu betul-betul minat.

apa yang kamu betul-betul minat.

ahh? whhhyy?? sebab memang penting sangat dik. gila r kalau amik bidang yang awak tak minat. sama la macam kalau awak kena paksa kawin dgn orang yang awak tak suka. *eh

pilihlah berdasarkan yang kamu suka dan kamu minat. meski bidang tu ntah apa-apa sekalipun. meski bidang susah sekalipun. macam Tsumiki sekarang, Tsumiki pilih bidang animasi, yang mana antara bidang yang agak mencabar jugak la. yang Tsumiki memang minat sejak dari kecik.

daripada sains tulen masa sekolah menengah, terus masuk bidang seni kat universiti. actually memang dah aim nak masuk bidang seni. pada awalnya famili macam krik krik krik je bila mereka macam tak yakin Tsumiki pilih bidang seni.

mungkin tak semua family adik-adik tak seperti family Tsumiki, yang mana mereka betul-betul nak adik-adik di jalan yang lurus dengan masa depan yang cerah, haaaaa, memang akan ada isu tu la.
kena yakin pada diri!

so, adik-adik, kalau minat seni, go for it!

2) dalam negara atau luar negara? mehhh

Tsumiki dulu sekolah aliran sains tulen juga ye. SBP plak tu. yang mana produknya memang akan ramai ke luar negara, tapi Tsumiki masih di dalam negara.  haha

jeles juga tengok mereka yang berjaya sampai tercampak ke luar negara... itu rezeki diorang kan? well, i am okay here in Malaysia dan memang taknak sambung luar negara lg pun. lagipun Tsumiki belum lepas lg nak gi oversea. hehe

pada awak-awak yang nak apply oversea tu, plan elok-elok, follow up dengan info-info yang toing toing keluar kat internet. well zaman sekarang dah maju kot. plan elok2 ye

3) ikut kemampuan dan kebolehan

pilih bidang ikut kemampuan... kadang-kadang ada orang minat akaun tapi kemampuannya -  dia tak pass addmath la plak.... (ade ke orang camni)

ade juga sesetengah orang pilih bidang yang susah (contohnya doktor) hanya sekadar nak impress orang lain.

oh no... jangan seksa diri sendiri ye. kalau terer melukis, go for arts ke animation ke... gitu

macam kes Tsumiki, agak struggle lebih juga untuk bidang animasi sebab dah lama tak melukis. tapi Alhamdulilah, disebabkan minat, memang Tsumiki boleh push kebolehan dan kemampuan yang ada tersorok. hehe

4) fikir jauh

fikir jauh bukannya termenung. bukannya berangan. eh, berangan pun okey je cuma jangan berangan sampai tahap nak jadi orang terbang.

fikir jauh maksudnya, plan dari sekarang nak kerja jadi apa. KERJA JADI APA.

contoh; nak jadi komposer lagu.... amiklah course berkaitan muzik or what so eva

plan! plan! if u fail to plan, u plan to fail. *CEHHHH


*                                  *                                    *

mwehehehe. okey tu je nak pesan kat adik-adik yg conpius dalam memilih bidang masuk belajar lebih tinggi nanti.

jgn risau, semua ilmu tu milik Allah, even ilmu berlakon atas pentas sekalipun.
jangan menilai ilmu, dan jangan sesekali pandai-pandai tentukan mana ilmu yang baik dan yang tak baik. kalau tak mana nak wujud semua ilmu dan bidang-bidang ni ye dop?

belajar kat mana-mana pun, dlm negara ke luar negara ke, yang penting buat yang terbaik.
ke mana pun awak awak dicampak, buat yang terbaik.

if dapat kos yang mungkin pelik semacam, jangan risau, mungkin itu pilihan Allah untuk awak awak semua.

doa banyak-banyak ye sayang :)
2

Luna dan anak2

lol

dah lama tak update pasal si Luna Carina, mere miaouw hai.

masuk tahun 2015 kiranya umur Luna dah lebih kurang 4 tahun.
drp awal2 masuk U, sampai arini siap dah amik degree, so memang agak lama jugak Luna dah ada ngn family. :D

masa pertama kali Luna bunting, x silap masa tu dia agak remaja lagi.
kiranya dia ni teen mom la kot. hahahahahahahhaa

sampai hari ni dah masuk 8 kali la Luna beranak. tapi daripada semua anak2 dia tu 4 ekor je yg masih survive. yg lain ada yg hilang la, masuk dlm longkang la, kena penyek la, kena langgar la, tersepit dlm enjin kereta la dan bla bla bla lalalalala shalalala. ada dalam 2 ekor yang dah remaja, nama diorang Lulu Victoria dan Majin Boo. Lulu dah bunting. mcm dia la masa muda dulu2. sama je semua. gatai nak mampos

Majin Boo tu pun kecik lagi, tapi agak risau sebab nampak dia mcm dah bunting.
yelah, tetek dah terkeluar pastu perut bulat, keras semacam.... (erkkk)

setelah berbulan tak balik rumah tetiba balik rumah tengok dua2 ekor kucing betina yg suci murni lagi innocent ni dah bunting? omaigodddddddd.

Luna baru beranak lagi sebulan lepas, dapatlah dua ekor, aku bagi nama Putu Mayang dan Puyu Goyeng. sebab tak tau nak bagi nama apa, bukan xde idea nak bagi, padahal byk je idea nama tu cuma takut Abah dan Ummi susah nak sebut.

ikutkan hati nak je bagi nama Lee Min Ho dan Park Shin Hye. 

Boo (tgh baring) bertepek dengan Luna

rupa memang lain gila

mcm poster filem la plak

alolololololololo.

walaupun ada anak kecik tapi Luna masih memberikan perhatian kepada dua ekor anak betina yang sudah membesar. selalu la jugak berkepik dgn si Boo ni... dah besar cam gajah pun mintak susu lagi. eeeeeee tak malu ahhahahahah

sekarang ni si Lulu tengah sarat bunting bulat... tengah fikir nak jaga dan simpan baby2 tu kat mana nanti. dah la sebulan lebih je cuti. memang tak terjaga la diorang semua ni.

okey tunggu si Lulu beranak. beberapa hari je lagi kot.

erkkk
2

turning 22

hey aku rasa baru je aku post pasal baru masuk umur 18

sekarang dah 22. pastu 23 plak. pastu 30 plak. pastu 40 plak. pastu bla bla bla shalalalalalaala.

nk cakapnye kita ni makin tua, bukan makin muda.

HAPPY 22ND BIRTHDAY TSUMIKI HAJIRA!! :3

yeahhh

plan nak buat birthday party untuk diri sendiri, buat kek cokolat feveret untuk diri sendiri tapi tak jadi la plak.

apepun, nak wish happy birthday kat diri sendiri

"assalamualaikum hazirah, selamat hari jadi!"
"oh waalaikumussalam, terima kasih lah!"
"dah umur 22 tahun. dah tua da ye?"
"ehhh ehhh mana de... muda lagi okey... hahahahah *gelak awkward

(borak sorang2 dalam bilik)

Alhamdulilah, dapat peluang hidup sampai ke hari ni. dapat bernafas lagi. sihat lagi.
Alhamdulilah Alhamdulilah!

angan semata. haha

harap2 dapat la capai apa yang dikehendaki dan harap2 semakin matang dalam apa jua yang dilakukan.
semoga dapat kurangkan kebengongan dan ketidakwarasan dalam diri, dan dapat menjadi lebih waras dan ayu bertambah anggun lagi, amin.


bak kata Abah,

"umur bertambah 22 tahun bukan badan makin matang tapi fikiran tu kena makin matang ye irah."


nampak sangat belum matang ye.

insyaAllah akan berusaha untuk jadi lebih matang!

time birthday ni tak dapat hadiah xpe, da dapat ucapan pun dah cukup menggembirakan daaa.

LAGI BEST KALAU DAPAT KEK COKOLAT... OHYEAHHHH
4

RT: Lipas ke babi?

just nak mengadu lah. ada satu masalah peribadi aku yang sangat kritikal sekarang ni.
ya, sangat kritikal.

sejak kebelakangan ini memang dah banyak kali nampak benda alah ni



suatu malam yang sepi



rumah pun dah sunyi





maka tinggallah diri ini sendiri




sebelum tidur mestila kena basuh muke gosok gigi.



tiba-tiba


 nampak satu benda rare


oh, bergerak2.
okey dh tau apa tu


ya Allahhh

ohh no ohh nooo



aik? tak bergerak pon??
tido ke hape



okey sampai jarak tu je paling dekat boleh ambik.

sebelum dia mengibarkan sayap keramatnya baik aku cabut dulu

apepun aku agak cuak untuk stay lebih lama kat dalam rumah yg sunyi sepi ni sebab lipas dah mula bermaharajalela kat dalam jamban.

cemana nak mandi cengginiiiiiiiiii???? help meeeee

cemana nak buang takut kat lipas ni?? eeeeee gelilaaaa. tengok pun dah geli eeeeeee

ayyyoooo


2

Cosplay di Puncak

again. pengalaman first time buat benda

buat benda apa plak ni... -.-

selama bertahun teringin nak try, akhirnya masa ni jugak la dapat peluang

konon berangan nak jadi pwinshes. puihh


ayooooo

ohoh, ni under subjek Lakonan Animasi untuk semester 2 ni. ni kira penilaian akhir la. dah la buat kat DATC. aku boleh terima lagi la buat kecik2. kalo buat kat stage besar gedabak tu, memang aku patung cendana la kat situ

mula-mula ingat nak jadi Elsa citer Frozen tu, tapi rasa macam orang dah slalu tengok. lagipun last sem dah de orang buat. pastu ingat nak buat Cruella De Vil dalam citer 101 Dalmatians tu. alaaaaa yang rambut hitam putih muke huduh tu.

rasa macam dia terlampau huduh jadi last-last pilih nak jadi Anna. citer Frozen jugak... haih 

sorrryyy aku terlampau minat cerita tu. lagipun boleh nyanyi2 sket.

kalau duk atas stage aku prefer menyanyi la. siyes aku tak berani berlakon. walaupun dah pernah tapi still, aku lebih rela menyanyi la. tapi menyanyi pun badan stret je la. takpun pandang belakang, x nampak muka, and orang pun dengar suara je. gittewwww

kena buat sketsa dalam 2-3 minit cam tu la. dapat pair yang pilih jadik Lily Munster cerita femes yg lama tu.

semua cuak terus nak naik stage. kikikikikiki

maleficient dan bfnye
hantu nk gigit org

abis je show atas stage semua nak crossplay. tukar prop la. tukar rambut la.

k teruja gila

costum tu Ummi yang buatkan. punyelah beriya nak bercosplay, sebulan sebelum tu dah tempah awal2 dah. adoi

nampak x semangat kekospleyan di situ

classmates and da lecturers

masa ni memang nampak semua dah jadik orang lain
hilang stress sket time ni. dptlah happy2 ngn kengkawan

hope next time ade lg chance join cosplay. mwehehehehhe


2

GRAFFITI DI PUNCAK

ni hah. first time Tsumiki Hajira buat graffiti... cehhh puihhhh!


cenggini rasanya

dah basi baru nak post. biase ler. busy cm retissss

tp tak tau la nak panggil mural ke graffiti

baru-baru ni Sofy (syarikat tuala wanita tu) ada buat collabration project dgn fakulti aku untuk hasilkan graffiti... tak kisah design apa, tp tema dia "Excitement Never Dies"

paling best, aku berpeluang untuk sumbangkan sedikit idea design untuk graffiti... uhuhh memang speechless nak buat tu. tak pernah design apa-apa lagi sebelum ni rasanya.

best giler kot buat benda ni. lagi ramai lagi best. tetiba duk bayangkan kalau dapat buat graffiti yang panjang gila tu.... so that semua orang turun buat sekali..

ni namanya kenangan manis.. uhuhuhuhuhuhuk

design yg aku buat. agak baby2 kt disitu

aku memang suka lukis jantung. sebab dia ada maksudnya tersendiri.

berangan jap

sempat fikir pasal assignment yang dah macam bukit tonggek tu. dengan kelasnya aku escape. teruk betul

memang berserabut time ni tapi hilang terus bila enjoy habis

panjat tinggi2 yg takleh blaa tu

kesimpulannya, bagi aku dan rakan2 lain yang first timer ni, memang happy la dapat belajar sikit dari orang-orang pro. orang yang banyak membantu ialah Kenji Chai, yg merupakan salah sorang artis graffiti yang sangat pro. siap ada equipment bagai untuk lukis graffiti. then aku perasan rasanya dia boleh lukis pakai dua-dua belah tangan. uyoooooo

rasanya sempat lagi promote tuala wanita Sofy dekat orang yang lalu lalang kat situ. ohohohoho

dah siap.

warna warni. tu aku memang suka. kaler is a must!!!

da crews. aku yg baju merah kakton tu

rasa best dia lain macam dan lebih best lagi dari diploma. uyooooo
dengan lecturers yang sporting habis!
dengan classmates! walaupun tak cukup orang... :(

looking forward for next activities together gether.... mwehehehehehehe~

jadi sesiapa yang dah belajar kat Puncak tu, kalau tertengok grafiti ni ingatlah Tsumiki ye. hehehehe

2

baby Arsyad

saje menggedik nak share

bulan 8 aritu dapat sorang lagi anak sedara.

yeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeehaaaaa *lompat tembus siling*

Alhamdulillah

tido pun stail

ini budak comel gila. booolat gila muka dia. kahkah

comel melampau

nama arjuna beta ni Che Muhammad Hasif Arsyad. oh men, nama macho, serius. ni anak sulung kakak. kiranya ni anak sedara yg kelima. 

uuuuuuuuuuu meriah la lepas ni.

hensem gila

budak ni memang senang nak jaga. sempat dengar dia kentut, merengek dan menangis semua. paling best bila dia menangis kita dodoi dia nyanyi sket2 terus dia lentok balek.

bila tido kadang-kadang mata macam x tutup rapat. kira cool la jugak. haha

sekarang tgh habiskan sisa2 sem 2 yg dah masuk minggu 12. tunggu 3 minggu lagi nak balek. sabar je la ya Allah.

busy sgt sekarang. dgn hampir 10 kerja nak kena siapkan. 3 final project.

huhhhh, dah nama pun pelajar yg sedang belajar, buat cara macam pelajar la. assignment tetap assignment. kemana ku lari ku tetap kena buat juga. ohyeah babeyh.


posing abes chuolls.

sebenarnya aku homesick kbai.
3

just be yourself

"kalau duk asyik bandingkan kelebihan diri dgn org lain, sampai bila nak maju.
Allah dah buat cantik2 dah tu. nak dengki pasaipa? just be yourself ok. kalau nak jadi yg terbaik, kau takkan jadi yg terbaik kat dunia ni. kat celah mana pun pasti ada yang lebih hebat dari kau."

luahan hati seorang sahabat..

gua angguk je sampai kepala pun nak tercabut.

problem yg sama aku hadapi. hmm bukan nak kata kita ni hebat sgt la sampai org nak lawan, tidakkk, cumanya kenapa benda ni boleh berlaku.



apa2 pun berbalik pada diri sendiri jugak. aku pun pernah jugak ada feels yg sama, yg mana aku rasa geram bila ada org lagi upp dari aku.

buang rasa tu ye, buang.

berbalik pada Quran, sumber segala benda, Allah dah ciptakan kita sebaik2 kejadian. that means kelebihan kekurangan sudah diletakkan oleh Allah secara adil dan bijaksana. Allah yang letak ye, bukan kita sendiri. jadi setiap apa yg ada pada kita adalah ketentuan Allah. malah jasad, roh, dan segala benda yg ada tu pun milik Allah one hundred percent beb.

just to make us celik akal sket, guna mata, telinga ngn hati tu elok2.

kadang2 kita tengok kawan2 lagi terer or lagi pandai dari kita, kita pun rasa jeles semacam dan mula rasa macam nak up dari dia. lagi teruk bila time kita nak up tu boleh plak hancurkan prestasi dia.

ayoyo... itu mmg salah sgt. kau nak up, kau up jela janganlah duk kacau idop org lain. adoi

aku pun pernah la alami benda ni. pengkhianatan, tikam belakang tu semua dah berbekas dalam kamus idup aku ni. sedangkan aku tak mintak apa2 pun dari mereka yang berbuat tu. apa yg aku buat, aku tak aim pujian dan pengiktirafan manusia.

NO. lama2 boleh jadi riak pastu mula2 nak bermegah-megah. 

so sekarang pelbagai cara telah dilakukan untuk mencegah perkara ini berlaku. orang nak dengki, memang takleh halang. itu hal dia, kita pun takleh nak bash dia sukahati. tapi tulah kan, sakit hati memang sakit hati, apakan daya manusia pun tak sempurna dan ada cacat cela.

the conclusion is, tak payahla dengki2 dgn kelebihan yang ada pada org lain. cukuplah kamu hisab diri sndiri kamu. bersyukur dengan apa yg ada, dan buat apa yg Allah suruh tu. tu pun kira okey la.

Hamka prnah kata, syukur lebih besar makamnya dari sabar. means that syukur tu lah benda yang amat penting untuk kita semai dalam diri. bukan setakat hang bersabor lama2 je.

bila aku perasan benda tu ada di sekeliling, aku buat dono je. biar orang baling taik, kita baling bunga-bunga cinta yg mewangi. kalau dulu aku baling bunga juga, termasuk la dengan pasu2nya sekali. but now, i keep practicing to not membalas dendam dengan orang2 sebegini.

Rasulullah pun tak balas dendam kan. orang buat apa kat dia pun dia rilek je. sampai tahap orang nak cuba bunuh dia. perghhhhh cam mana tu??? XD

waaaaaarghhhhhhh




buat sesuatu tu jangan fikir nak orang puji, nak lecturer puji, nak kawan2 semua sayang. you know what, PANDANGAN MANUSIA takkan berkekalan. apa yang berkekalan? 

PANDANGAN ALLAH juga.

jadi, buat benda tu ikhlaskan hati kerana Allah. contohlah, buat artwork ke, buat assignment ke, buat dengan niat contohnya..

ya Allah, aku buat ni untuk kau, aku tak mntak apa2 pun cuma usaha ini untuk Kau sahaja ya Allah.. permudahkanlah urusanku dan permudahkan usaha aku untuk aku menjadi lebih baik demi masa depan aku.......

dan sekian2.

dan segala rasa jahat tu akan perlahan2 hilang dan no more usaha untuk impress orang lain semata2.

kuatkan diri! kuatkan keikhlasan! bila timbul je rasa dengki tengok org lain lebih berjaya, cepat2 tepis rasa tu! tu semua setan! fuhhhhh fuhhh!!! XD

#selfreflection

0

masalah peribadi

alkisahnya
level bar kegeraman dah nak mencecah paras bahaya.
dah macam termometer mercury yg nak menggelegak blub blub blub
*konon sound efek


KEBAAAAABOOOOOMMMMM

dgn assignment berhabok dan berkemul2 atas kepala
dah macam kena hempap, penyek teros!

*tapi sempat plak update blog =="

oh em geeeee~ *buat suara gedik

nampak dah masuk minggu 7 sem dua ni, memang kesabaran diuji agak bykla.

ya Rabb... cam mana anger aku dah datang balik ni T_T

dengan byk benda nk kena improve..

drawings ntah ke mana. dgn masalah lain nye.
byk benda berterabor dalam otak..
haish.. tetibe je rasa macam ni..

BOOOYEAHHHH!

POYO LAAA

*dan stress pun hilang mcm tu je

2

Liebster Award #6 - by Cik Kee

OH EM GEE! KENA TAG OH EM GEE OH EM GEE.

sepak! hikhok! sepakkkk

TELAH DITAG OLEH CIK KEE.

HAHAHAHAHAHA TEROS CANCEL BUAT ASSIGNMENT. -.-




Peraturan tagging main game game kuci-kuci ni.

1. Kena mention orang yang tag korang tu ye. dgn link2 blog dia sekali.
2. Tsumiki tanyo 11 soklan. tak jawab siap ah. XD
3. tag balik 11 orang yang lain korang rse nak tag.
4. Gitau diorang, "korang kena troll."
5. jawab 11 soalan yang orang yg tag kita tu dan post sekali.
6. dan 11 facts about kita.

haaaa gitew jerw caghenye.

11 soalan yang Tsumiki ajukan pada orang yang bertuah gila kena tag tu;

1) siapa nama ibu
2) ciri2 lelaki idaman
3) perkara paling pelik yang pernah korang buat.
4) idola anda.
5) suka kucing tak.
6) tengah buat apa sekarang. belajar ke. kerja ke. kat mana dan course apa.
7) apa yg menarik di blog tsumiki hajira.
8) pandai masak tak. share satu resipi.
9) filem/drama apa yang paling menyedihkan pernah korang tengok sampai menangis meleleh2.
10) ceritakan tentang crush anda (kalau ada la.)
11) jenis darah.

pelik tak pelik soklan ni, tak kira! JAWAB JUGAK.

orait. next. 11 facts about me.
baru haritu post 20 facts about me. tak lama nanti semua org dh tahu secret aku -.-

1) suka dengar and follow up kisah cinta orang. dah selalu jadi 'org tengah'
2) suka layan lagu melayu tradisional
3) choose to be unique and tak suka disama2 kan dgn org lain.
4) susah sikit nak tunjuk perasaan melalui perbuatan.
5) suka karaoke dan buat aksi melampau
6) tak berapa gemar makan nasi lemak kecuali air tgn ummi
7) dah selalu minat orang dan kena reject
8) suka pakai baju besar sampai org ckp kita gemok.
9) suka warna pink, ungu dan hitam
10) cepat terasa, cepat down, cepat mengamok. tapi cepat cool. teeheee ^^
11) mabuk darat.

okeyhhhhh. fuhhh. next ni tsumiki menjawab soklan cik Kee kita ni...

1. Aktif sukan ke tak..??
tak langsung. suka main badminton ngn bowling saja kbai

2. apa impian korang..??
berjaya dunia dan akhirat (klisenya aaii)

3. Keja ke tak..?? kalau keja..Keja apa skang nie..??
tak kerja lagi. tengah belajar kt UiTM. Degree.

4. korang dah like tak page Kee..kalau belum tolong like lah..
dah like dah. hoho

5.korang suka ke tak ngan blog Kee..kalau suka Terima Kasih..kalu tak suka..bagi tau lah..Kee boleh perbaiki..
suka. COMEL TAHAP MENANGIS.

6. Suka chocolate ke tak..??
TERAMAT. kalau bleh nak semua benda yg dimakan tu ada chocolate.

7. Korang suka selfie.??
tak suka sgt sebenarnya. so jarang la. kdg2 selfie pon sebab nak check jerawat kt muka.

8. benda apa paling best korang rasa.??
rasa bahagia disisiNya. (sekarang pun bahagia)

9. umur brapa..??
89.. ehhhh tak. 21.

10. sapa bestfriend korang??
so far takde best friend yg diiktiraf. lebih suka berkawan dgn semua org. i dont believe in bestfriends thingy.

11. last..suka k-pop..??//k-drama??
sukaaaaa gilaaaaaaaaaaaaaa tapi dulu la. sekarang dah suka balik

HAAAAAAA TUDIAAAAAA. SIAP SUDAH MENAIP DGN JARI KEBAS2 NI.

apepun thanks cik Kee kita ni tag kita. singgah2 ler blognya. aawww malu kita taw =..=

so orang2 yg bertuah yg bakal menyambung legasi ini adalah;

BUAT YE. JGN TAK BUAT. TEMBAK NGN PISTOL AIR KANG. HEHE

HWHEHWEHWHEHWHEHEE.

3

hidup semasa degree

boooyeah

haaaaahahahahaa, satu benda je nk cakap,
SEMPUT WOI SEMPUT.

berdebor2 jantong macam nak tercabot pecah pastu meninggal.

Degree ni, sem 1 okey laa, bleh tahan lagi laa. masuk je sem 2 terus kemengongan bertambah2 tahap infiniti.

okey dah nampak da dah nampak da.

baru first day kelas dah dpt assignment 3D gila laaa wehhhh wehhhh adoi
*hempok kepala kat meja*

first week dah de assignment, wow. takpe takpe, ni namanya CABARAN.

apepun harap sem ni boleh perform laa.. sem 1 haritu masyaAllah.. tergolek2 frust tapi sokaylah biasalah tu.

aku ni dahlah takde basic fine arts drawing digital drawings semua tu... memang gila la aku kali ni.

SERIUS. SERIUS.


AKU MEMANG AKAN GILA KALI NI. YEAH.

itulah... masa cuti sem hari tu duk merungut bosan bosan bosan. bila dah masuk belajar balik terus nak cuti balik.

tiap2 hari kena buat drawing. nak praktis semua. skills teramatlah terok dan amat senang sekali kalah dengan budak tadika yg masok prtandingan melukis poster tu

tapi apepun lebih bersyukur dapat tempat tidur yang selesa.

katil pwinshes. byk betul kwn sekatil.
*tukar topik tetibe

macam biasalah, kita balut semua benda yang tak berbalut. nasib baik pembalut kecik, kalau dak dah lama dengan dinding2 rumah tu sekali gua balut.

tmpal dot dot dot.


pon ade kawan jugak kat situ.

dgn loker2 skali aku balut.

semoga berjaya la

0

copyright © . all rights reserved. designed by Color and Code

grid layout coding by helpblogger.com